Friday, January 18, 2013

JIWA : Eksperimental Video


Eksperimental video bertajuk JIWA ini adalah cubaan pertama dalam penyampaian melalui video dan bukan foto. Terima kasih yang tak terhingga kepada Abidin Azizi, Nazreen Samsudin dan Hanna Moon yang banyak membanyu dalam penghasilan video ini. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga video ini menjadi titik permulaan untuk menghasilakn video yang seterusnya. Insyaallah (:


(Eksperimental Video)
JIWA
oleh Zakiah Rusman





(Sinopsis)
JIWA
oleh Zakiah Rusman

Eksperimen video ini merakamkan dan berkisahkan mengenai sifat manusia dipengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Diketahui bahawa manusia banyak bergantung dan dipengaruhi  oleh 4 unsur alam iaitu api, tanah, air dan angin (udara). Kehidupan manusia dikelilingi oleh 4 asas unsur ini. Keseimbangan 4 elemen inilah yang dapat menyempurnakan kehidupan seharian manusia. Wujudnya elemen-elemen ini, ia dapat mencorakkan lagi kehidupan manusia dengan menambahkan warna-warna inspirasi, sinar cahaya, tiupan angin, keteguhan tanah dan kedamaian air dalam kehidupan manusia sebagai pengajaran, pengalaman dan memori agar tidak mudah alpa. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan jiwa seharusnya dapat mengawal diri mereka sendiri, samada dari segi mental mahupun spiritual.



Puisi 

Tanah Api Air Angin 
oleh Amri Abd Rani



Tanah ini kita genggam kita ramas
Kita peluk kita belai jangan lepas
Biar bangkit hawa panas
Biar terbit halwa tegas
Seketika dulu kena rampas
Seketika dulu ken pulas
Seketika dulu kita culas
Ada Mendeliar suka berkias
Ada Si Kitul suka berbahas

Air ini kita kucup kita hirup
Kita tadah biar tempayan pecah meletup
Kita ratah biar sampai jantung berdegup
Air ini buat basuh derhaka pak sanggup
Air ini buat jirus pendekar terlungkup
Air ini banyak jasa mengajar hidup
Air ini kita jampi jangan sampai kita gugup

Api ini kita jaga jangan sampai lawan bicara
Biar marak biar rebak semangat menyala
Biar onak biar semak tak angkat muka
Api ini jika dibiar merah membara
Api ini jika dilontar gagah gempita
Api ini biar diam sumbu pelita
Api ini jangan bakar derhaka jiwa

Angin ini kita sedut kita hembus
Kita jamah biar hilang asap kabus
Biar lonjak rasa tulus
Biar puncak jiwa kudus
Angin ini kita usap jangan sampai kita jerlus
Angin ini kita sembur agar muuh pergi berambus
Angin ini ada lawan perangkap tikus
Angin ini hadiah Tuhan benda halus

Tanah air api angin
Aku tak hendak aku tak ingin
Jadi bacul dipohon beringin
Jadi dayus ditiup angin





KEEP CALM AND DO NEW THINGS;
zakiahrusman