Tuesday, October 22, 2013

Cara Mudah. Hasil Studio


Hujung minggu, bosan tak tahu nak buat apa. Apa kata kita main make up make up dan shooting kat rumah. Shoot dirumah saja boleh nampak hasil ala studio? Tak mustahil. Kena praktis. Takdelah 100% macam hasil studio, tapi kira boleh la untuk suka-suka :)

Tak banyak yang diperlukan :

1 Speedlite
1 Silver Reflector
Camera
Kain putih
Laptop/PC (untuk direct tengok hasil gambar)
Barang-barang make up (pakai je apa yang ada, nama pun main-main)
Muka (mestilah, tempat untuk conteng-conteng)

*Okay, ni contoh setup main-main kat rumah. Speedlight bounce je dekat silver reflector tu. ISO, Shutter Speed, Aperture.. boleh la adjust2 sendiri (:



Ni kira macam disebalik cerita aktiviti petang hujung minggu haritu. 

Palette warna-warni tu boleh beli kat Sephora kalau ada yang berkenan.
Basically, main make up make up kitorang guna MAC & Sephora.

Da alang-alang bawak keluar, online terus la kan

Untuk efek terbang-terbang, boleh la guna khidmat kipas

Untuk nampak lebih berani, boleh la bawak keluar
semua binatang exotic yang ada.
HAHAHA

Lepak dulu sebelum tunggu turn untuk beraksi. Amboi

Simple touch up, boleh terus upload.
Dah tengok beberapa cerita tabir, kita tengok pula hasil main make up make up dari sentuhan Sahir Sabri. Setting camera speelight semua..boleh la adjust sampai dapat & sampai puas hati :) *kena sabar la yea..

TADAAAAA....



MUA yang banyak bakat


#anjeswag . Jyeah! You got swag girl!!

Celoreng moreng kak temah

hahahahaha

KK vs RR

Jimmy is ular

Naim bersama haiwan belaan kesayangan

Ke kiri ke kanan ehh ehh ehh
Warna-warni ni kenapa? konon ala2 hijabista la? puiii. hahaha



Jangan biarkan bosan menyebulungi hidup. Ajak kawan-kawan yang sekepala untuk penuhkan aktiviti hujung minggu. Boleh la feeling-feeling gambar studio ^_^ #photography #diy #setup #makeup


KEEP CALM AND HAVE FUN!
zakiahrusman

Friday, January 18, 2013

JIWA : Eksperimental Video


Eksperimental video bertajuk JIWA ini adalah cubaan pertama dalam penyampaian melalui video dan bukan foto. Terima kasih yang tak terhingga kepada Abidin Azizi, Nazreen Samsudin dan Hanna Moon yang banyak membanyu dalam penghasilan video ini. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga video ini menjadi titik permulaan untuk menghasilakn video yang seterusnya. Insyaallah (:


(Eksperimental Video)
JIWA
oleh Zakiah Rusman





(Sinopsis)
JIWA
oleh Zakiah Rusman

Eksperimen video ini merakamkan dan berkisahkan mengenai sifat manusia dipengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Diketahui bahawa manusia banyak bergantung dan dipengaruhi  oleh 4 unsur alam iaitu api, tanah, air dan angin (udara). Kehidupan manusia dikelilingi oleh 4 asas unsur ini. Keseimbangan 4 elemen inilah yang dapat menyempurnakan kehidupan seharian manusia. Wujudnya elemen-elemen ini, ia dapat mencorakkan lagi kehidupan manusia dengan menambahkan warna-warna inspirasi, sinar cahaya, tiupan angin, keteguhan tanah dan kedamaian air dalam kehidupan manusia sebagai pengajaran, pengalaman dan memori agar tidak mudah alpa. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan jiwa seharusnya dapat mengawal diri mereka sendiri, samada dari segi mental mahupun spiritual.



Puisi 

Tanah Api Air Angin 
oleh Amri Abd Rani



Tanah ini kita genggam kita ramas
Kita peluk kita belai jangan lepas
Biar bangkit hawa panas
Biar terbit halwa tegas
Seketika dulu kena rampas
Seketika dulu ken pulas
Seketika dulu kita culas
Ada Mendeliar suka berkias
Ada Si Kitul suka berbahas

Air ini kita kucup kita hirup
Kita tadah biar tempayan pecah meletup
Kita ratah biar sampai jantung berdegup
Air ini buat basuh derhaka pak sanggup
Air ini buat jirus pendekar terlungkup
Air ini banyak jasa mengajar hidup
Air ini kita jampi jangan sampai kita gugup

Api ini kita jaga jangan sampai lawan bicara
Biar marak biar rebak semangat menyala
Biar onak biar semak tak angkat muka
Api ini jika dibiar merah membara
Api ini jika dilontar gagah gempita
Api ini biar diam sumbu pelita
Api ini jangan bakar derhaka jiwa

Angin ini kita sedut kita hembus
Kita jamah biar hilang asap kabus
Biar lonjak rasa tulus
Biar puncak jiwa kudus
Angin ini kita usap jangan sampai kita jerlus
Angin ini kita sembur agar muuh pergi berambus
Angin ini ada lawan perangkap tikus
Angin ini hadiah Tuhan benda halus

Tanah air api angin
Aku tak hendak aku tak ingin
Jadi bacul dipohon beringin
Jadi dayus ditiup angin





KEEP CALM AND DO NEW THINGS;
zakiahrusman